Hubungi
saya melalui Yahoo Messenger. Hantar mesej kepada saya bila saya
online
|
|
> FAKTA ZAKAR
> RAHSIA KEKUATAN ZAKAR
> MASALAH KESIHATAN ZAKAR
> RAHSIA URUT ZAKAR
` |
PADA
1994, kajian ke atas lelaki berumur di Massachusetts mendapati
bahawa lebih setengah bilangan lelaki berusia antara 40 hingga
70 tahun menghadapi masalah untuk mengekalkan ketegangan. Ia juga
berlaku di kalangan pemuda berusia 20-an dan 30-an. Manakala,
penyelidikan pasaran menunjukkan bahawa usia purata penghidap
penyakit lemah tenaga batin atau erectile dysfunction di benua
Asia lebih muda dengan penghidap di negara China bermula ketika
berusia 42 tahun. Jepun dan Malaysia, 44 tahun. Secara rambang,
kira-kira 100 juta lelaki di seluruh dunia dianggarkan menghadapi
masalah lemah tenaga batin. Malah hampir sejuta lelaki di Malaysia
akan menghadapi masalah tersebut.
Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan
untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi
menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Ia merupakan satu
masalah yang meluas namun jarang diperkatakan di kalangan lelaki
terutamanya di dalam masyarakat Asia.
Bagi masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk
memperkatakan tentang penyakit ini secara terbuka. Banyak beranggapan
'kejantanan' lelaki terletak pada kehebatan mereka di ranjang.
Justeru kerana tidak mahu diperolok-olokkan kawan-kawan, maka
penghidap lemah tenaga batin lebih rela menderita dalam diam.
Lebih memburukkan keadaan andai mereka juga keberatan untuk membincangkan
isu ini dengan pasangan atau mendapatkan nasihat doktor.
|
Masalah seks Lelaki :
Penyakit
Lemah Tenaga Batin (lelaki cepat inzal)
Mati
pucuk (zakar tidak berfungsi langsung)
Lemah
Syahwat (zakar tidak cukup tegang)
Penyakit Lemah Tenaga Batin
Mengikut kajian sama ada secara moden atau tradisional dan, penyakit
ini berpunca daripada pelbagai punca. Jikalau anda telah berikhtiar
ke mana-mana sama ada secara moden atau tradisional tetapi masih belum
berjaya, saya berharap anda tidak berputus asa dan kecewa. Apatah lagi
tenaga kelakian itu tidak harus kita pisahkan daripada realiti kehidupan
sebenar kita terutamanya semasa kita melakukan persetubuhan dengan orang
tersayang (isteri).
Secara logiknya alat kelamin lelaki yang digunakan secara berterusan,
tetapi kurang dijaga (dirawat) secukupnya akan kehilangan daya tahannya.
Dan inilah penyebab utama yang menyebabkan seseorang itu akan mengalami
penyakit LEMAH TENAGA BATIN, LEMAH SYAHWAT dan MATI PUCUK.
Mati Pucuk
Mati pucuk adalah salah satu kecacatan dalam seks yang mengakibatkan
seseorang tidak mempunyai keupayaan untuk bersetubuh. Mati pucuk ini
merupakan kecacatan yang serius yang mana ia boleh menghancurkan sesuatu
perkahwinan kerana pasangan tidak dapat menghasilkan keturunan.
Orang lelaki yang tidak mampu melaksanakan persetubuhan disebut impotent;
batang zakar menjadi lembik dan tidak boleh menegang. Dalam bahasa Arab
disebut “Unnah” atau dalam bahasa kita disebut “mati
pucuk”.
Mengapa mati pucuk berlaku?
Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat gangguan vaskular
yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu
akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah
tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya.
Diabetes (kencing manis) merupakan satu-satunya masalah utama yang boleh
dikaitkan dengan lemah tenaga batin. Ia boleh menimbulkan kesukaran
seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan
darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang ketegangan. Kesannya,
kira-kira setengah daripada penghidap diabetes lelaki akan menghidapi
masalah lemah tenaga batin.
"Selain berpunca daripada keadaan fizikal, keadaan psikologi juga
boleh menyebabkan masalah ini. Tekanan perasaan, bebanan kerja, keletihan,
perkahwinan yang tidak harmoni juga boleh menyebabkan lelaki menghadapi
masalah ketidakupayaan. Sebenarnya, masalah ini adalah masalah perubatan
yang biasa dan lelaki tidak pernah keseorangan menghadapinya. Cuma,
tanpa rawatan segera, ia boleh menyebabkan banyak masalah emosi yang
seterusnya menjejaskan imej diri, hilang keyakinan, ketegangan fikiran
dan masalah perhubungan suami isteri.
Lemah Syahwat
Mungkin disebabkan oto-otot zakar telah mengecut atau lemah. Ubat-ubat
homeopati untuk menguatkan otot-otot supaya kembali normal.
Lelaki yang lemah zakar alat kelaminnya kelihatan normal. Tetapi tetapi
batang zakarnya tidak dapat menegang sehingga tidak dapat menembus ke
dalam liang faraj waktu bersetubuh. Hal ini seterusnya boleh mengakibatkan
gangguan jiwa.
Adakah Ketegangan Menjadi Masalah ?
Soalan ini sering dikemukakan kepada Prof Nik Omar oleh lelaki yang
mempunyai masalah ketegangan. Apakah ianya besar ?Jawapannya , Ya !
Sila soal diri anda sendiri, apakah anda dapat memberi kenikmatan seksual
kepada pasangan anda, sekiranya zakar anda tidak tegang? Walaupun isteri
anda tidak memberi apa-apa komen terhadap keupayaan seksual anda, tetapi
dalam hati kecilnya, sememangnya mereka tidak puas melakukan sesual
dengan anda.
Maksudnya anda telah menghakiskan salah satu hukum Islam yang wajib
terhadap isterinya iaitu kepuasan 'Nafkah Batin'. Memberi kepuasan seksual
terhadap isteri anda adalah suatu fitrah alam suatu bentuk biologi manusia
yang wajib ditunaikan.
Ya ! pastinya anda akan dapat memberi kepuasan maksimum kepada isteri
anda jika ketegangan anda mencapai 100 % tegang ! Faraj Wanita telah
dicipta dengan beribu, malah berjuta-juta saraf kecil yang mengelilingi
dinding dalam dan luar faraj dan sekali gus akan merasa kenikmatan yang
tidak terhingga bila mengadakan hubungan batin bilamana zakar mengesel
saraf-saraf ini.
<SEBELUM
| BERIKUT >
|